awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dirogol lima lelaki selepas bapanya diugut di taman permainan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/01/2016
10:04 MYT
Remaja dirogol lima lelaki selepas bapanya diugut di taman permainan
Seorang remaja berusia 18 tahun yang berada di sebuah taman bersama bapanya dirogol lima lelaki selepas bapa remaja itu dipaksa untuk meninggalkan tempat kejadian.
Seorang remaja berusia 18 tahun yang mengunjungi sebuah taman awam bersama bapanya menjadi mangsa rogol lima lelaki selepas bapanya dipaksa untuk meninggalkan tempat kejadian.
Menurut kenyataan Jabatan Polis New York (NYPD), gadis perempuan itu berada di sebuah taman permainan Osborn di Brooklyn sekitar jam 9 malam bersama bapanya sebelum lima lelaki mendekati mereka.
Salah seorang suspek mengugut ayah remaja itu dengan senjata serta memaksa dia untuk meninggalkan anaknya di taman tersebut.
Lima suspek itu kemudian merogol remaja berkenaan.
CNN melapor bahawa bapa remaja itu kembali dalam masa yang singkat bersama dua pegawai polis, bagaimanapun, lima suspek tersebut berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.
Seorang jurucakap NYPD, Arlene Muniz berkata, lima suspek itu dipercayai berusia antara remaja hingga ke 30-an.
Pada Sabtu lepas, pihak berkuasa mengeluarkan sebuah rakaman video yang diambil di sebuah kedai runcit sebelum kejadian itu berlaku.
Menerusi rakaman video tersebut, wajah lima suspek itu telah didedahkan kepada orang ramai dan pihak polis sedang meminta bantuan mereka dalam mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat.
Topic Berkaitan
#jenayah
#New York
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan