awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Bert landa UK, tiga maut

Bernama
Bernama
25/11/2024
02:30 MYT
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Keadaan di sebatang jalan susulan kejadian ribut Bert, di Cramond dekat Edinburgh, Scotland, Britain, 23 Nov 2024. REUTERS
LONDON: Ribut Bert yang membawa angin kencang, hujan lebat dan banjir menyebabkan tiga kematian dan menjejaskan bekalan elektrik di seluruh United Kingdom (UK) hujung minggu lalu.
Xinhua melaporkan kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Di South Wales, ratusan kediaman terjejas akibat banjir.
Natural Resources Wales mengeluarkan dua amaran banjir besar pada petang Ahad bagi kawasan Sungai Monnow di Forge Road, Osbaston dan Skenfrith.
Lebih 100 amaran banjir dan 200 amaran berjaga-jaga berkaitan banjir masih dikuat kuasa di seluruh negara.
Gangguan perjalanan turut dilaporkan dengan kira-kira 200 penerbangan dibatalkan pada Ahad di Lapangan Terbang Heathrow, London.
Perkhidmatan kereta api turut terjejas di beberapa bahagian, manakala National Rail memberi amaran bahawa cuaca buruk mungkin menjejaskan sebahagian kawasan di England, Wales, dan Scotland sehingga Isnin.
Bekalan elektrik turut terganggu di beberapa kawasan di England dan Wales sepanjang hujung minggu, menyebabkan ribuan pengguna terputus bekalan elektrik.
Di Ireland, Ribut Bert turut menyebabkan banjir dan puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut Bert
#angin kencang
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan