awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany

Agensi
Agensi
05/11/2023
01:40 MYT
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Kerajaan Itali mengisytiharkan darurat di lima wilayah Tuscany dalam satu sidang akhbar yang dipengerusikan Perdana Menteri Georgia Meloni.
ROME: Kerajaan Itali mengisytiharkan darurat di lima wilayah Tuscany dalam satu sidang akhbar yang dipengerusikan Perdana Menterinya. Georgia Meloni.
Bercakap selepas mesyuarat Kabinet di Rom, Meloni berkata, keadaan darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Meloni juga memaklumkan, bajet awal sebanyak lima juta euro telah diluluskan oleh kabinetnya bagi respons kecemasan pertama yang diperlukan di kawasan itu.
Hujan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah mengakibatkan banjir di kawasan di wilayah Tuscany Itali.
Ia turut diburukkan dengan kehadiran Ribut Ciarán yang memasuki negara itu menyebakan penduduk terperangkap di rumah dan premis.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, menjadikan angka kematian akibat ribut di barat Eropah kepada 12 orang setakat Jumaat.
Pihak berkuasa Perlindungan Awam Itali berkata, 200 milimeter hujan turun dalam tempoh tiga jam, dari bandar pantai Livorno ke lembah pedalaman Mugello dan menyebabkan tebing sungai melimpah.
Ribut Ciarán menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut ketika ia melanda Sepanyol, Perancis, Belgium, Belanda dan Jerman pada Khamis.
Ribut itu memusnahkan rumah dan bekalan elektrik terputus.
Ketika ribut melanda, ia membanjiri sekurang-kurangnya empat hospital, termasuk di Pisa dan Mugello.
Di seluruh Tuscany, laluan kereta api dan lebuh raya telah terganggu dan sekolah ditutup.
Ratusan tidak dapat pulang ke rumah, termasuk kira-kira 150 yang terkandas di Prato selepas laluan kereta api dihentikan pada Khamis.
Semehtara 40,000 penduduk terputus bekalan elektrik pada Jumaat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Itali
#banjir
#Perdana Menteri
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan