awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roller coaster tertinggi, terpanjang, terpantas dunia kini beroperasi di Arab Saudi

Amanz
Amanz
04/02/2026
00:45 MYT
Roller coaster tertinggi, terpanjang, terpantas dunia kini beroperasi di Arab Saudi
Six Flags Qiddiya City ialah yang pertama dibuka di luar Amerika Syarikat, menempatkan 28 permainan dalam taman tema seluas 32 hektar. - Foto Amanz
HAMPIR lima tahun lalu, Amanz laporkan Arab Saudi ingin membina roller coaster tertinggi, terpanjang dan terpantas dunia yang disasarkan dibuka pada tahun 2024.
Selepas mengalami kelewatan, Six Flags Qiddiya City akhirnya dibuka secara rasmi berhampiran Riyadh yang merupakan sebahagian daripada projek Qiddiya, sebagai usaha menjadikannya hab pelancongan dan hiburan dunia.
Six Flags Qiddiya City ialah yang pertama dibuka di luar Amerika Syarikat, menempatkan 28 permainan dalam taman tema seluas 32 hektar (45 padang bola sepak).
Di dalamnya terdapat Falcon’s Flight yang merupakan roller coaster tertinggi (195 meter), terpanjang (4,325 meter) dan terpantas dunia dengan kelajuan mencecah 250 km/j.
Ia turut menempatkan Iron Rattler yang adalah tilt‑coaster tertinggi (63.4 meter) di dunia, Spitfire pula ialah roller coaster dengan gelung terbalik tertinggi (73 meter) di dunia dan Sirocco Tower pula ialah menara jatuhan bebas tertinggi dunia (145 meter)
Di Qiddiya kelak akan turut dibina stadium e-sukan terbesar dunia, taman air Aquarabia, taman tema Mercedes-AMG World of Performance dan taman tema Dragon Ball.
Foto Amanz
Foto Amanz
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#roller coaster
#Six Flags Qiddiya City
#Taman Tema
#Falcon's Flight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan