awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rousseff dipilih sebagai Presiden Brazil untuk penggal kedua

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2014
10:42 MYT
Rousseff dipilih sebagai Presiden Brazil untuk penggal kedua
Dilma Rousseff (gambar) mendahului dengan 51.6 peratus sementara saingannya Aecio Neves hanya memperolehi 48.4 peratus. - Gambar fail
Dilma Rousseff telah memenangi penggal kedua Presiden Brazil, mengalahkan pesaing sengitnya Aecio Neves, dengan majoriti tipis, selepas lebih 99 peratus undi dikira.
Rousseff mendahului dengan 51.6 peratus sementara Neves hanya memperolehi 48.4 peratus.
Kemenangannya dirai sekumpulan penyokong di Rio De Janerio. Mereka menyanyi dan menari semasa membanjiri jalan utama walaupun hujan lebat melanda.
Dalam ucapan kemenangannya, Rousseff berikrar menjadi Presiden yang lebih baik pada penggal kedua dan bertekad melakukan reformasi dan perubahan seperti mana yang dimahukan rakyat Brazil.
Kemenangan ini menyamai jangkaan awal yang membayangkan rousseff mampu mendahului undian sebanyak 6 peratus di hadapan pencabarnya.
Pesaingnya Neves menghubungi rouseff dan awal-awal lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada presiden baru dan barisan kerajaan yang bakal dibentuk nanti.
Pada penggal kedua ini, Rousseff akan berdepan dengan cabaran ekonomi negara Brazil yang kian perlahan.
Ia diburukkan lagi dengan kadar inflasi yang sudah melepasi paras 6.5 peratus.
Topic Berkaitan
#Aecio Neves
#Brazil
#Dilma Rousseff
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan