awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sami Louis Vuitton' dapat tambahan hukuman 16 tahun penjara atas tuduhan culik, rogol

Agensi
Agensi
17/10/2018
12:26 MYT
'Sami Louis Vuitton' dapat tambahan hukuman 16 tahun penjara atas tuduhan culik, rogol
Sukphol mencetus kemarahan orang ramai pada tahun 2013 selepas videonya menaiki pesawat mewah disiarkan di YouTube.
Lelaki yang dikenali sebagai ‘Sami Louis Vuitton’ kerana mempamerkan kemewahan melampau atas hasil menipu hingga menimbulkan kemarahan rakyat Thailand, berdepan tambahan tempoh hukuman penjara atas kesalahan menculik dan merogol.
Wirapol Sukphol atau pernah dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham, pada Ogos lalu telah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah siber.
Dia dihukum penjara selama 114 tahun atas semua kesalahan itu, namun hanya akan menjalani hukuman itu selama 20 tahun kerana itu adalah tempoh maksimum bagi pesalah yang melakukan kesalahan sama yang berbilang.
BACA: 'Sami Louis Vuitton' akhirnya dapat hukuman dipenjara 114 tahun!
Bagaimanapun, hukuman penjara ke atas Sukphol itu telah ditambah lagi selama 16 tahun pada Rabu apabila didapati bersalah menculik dan merogol seorang gadis bawah umur.
Pada tahun 2013, Sukphol menggemparkan orang ramai apabila rakaman video dirinya memegang wang tunai yang banyak dan menaiki sebuah pesawat jet mewah tersiar dalam YouTube.
Pada tahun yang sama, dia didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur, hingga menyebabkan status sami yang digunakannya ditarik balik.
Sukphol telah lari ke Amerika Syarikat namun telah diekstradisi ke Thailand pada tahun lalu.
"Sukphol telah merogol seorang remaja berusia 13 tahun dengan menculiknya dari jagaan nenek gadis itu, namun Sukphol menafikannya.
“Mahkamah mendapati tertuduh bersalah, dan menerima hukuman lapan tahun penjara bagi setiap kesalahannya itu,” ujar seorang peguam Thanyanit Nitikrainon.
Kes Sukphol itu telah membuka pekung tentang skandal seks dan kewangan yang menggegarkan istitusi Buddha Thailand dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hingga usaha reformasi institusi agama di negara itu kini giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#sami louis vuitton
#sami palsu
#Skandal Seks
#Thailand
#wirapol sukphol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan