awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
08/04/2020
15:46 MYT
Sanders berundur, Trump lawan Biden dalam pertarungan Presiden AS
Sanders mengundurkan diri setelah mengalami kekalahan berturut-turut dengan Biden / Foto Arkib
Senator Bernie Sanders telah mengundurkan diri dalam pertarungan calon bagi parti Demokratik Amerika Syarikat (AS) untuk merebut jawatan Presiden dalam pilihan raya umum negara itu bulan November ini.
Sanders, seorang calon Sosialis Demokratik yang membuat percubaan keduanya untuk jawatan presiden itu akan menarik diri selepas beberapa kekalahan kepada Mantan Naib Presiden AS, Joseph R. Biden Jr, yang muncul sebagai calon presiden parti Demokrat, untuk pemilihan umum pada akhir tahun ini.
Senator Bernie Sanders dari Vermont melepaskan persaingan merebut tiket sebagai calon parti Demokrat pada Rabu.
BACA: Persaingan Demokrat, Biden dahului Sanders di Michigan
Beliau mengatakan bahawa usaha untuk memasuki White House bermula sejak lima tahun lalu.
Analisis: Mengapa Sanders kalah?
Strategi yang digunakan oleh Senator Sanders dalam pemilihan parti kali ini adalah sama dengan yang digunakan pada 2016, iaitu untuk menarik perhatian anak muda.
Namun demikian, dari segi suara kolektif yang diguna pakai oleh Biden, ahli-ahli parti Demokrat lebih senang jika calon parti mereka merupakan seorang calon yang mampu untuk menawan hati segelintir penyokong Parti Republikan.
Corak dan gaya retorik Sanders, yang berhaluan sangat kiri, berbanding dengan cara Biden, iaitu berhaluan tengah, telah mendapat ramai pemimpin parti Demokrat untuk menyokong Biden.
Sehingga kini, Sanders tidak mampu untuk meraih sokongan ahli-ahli kanan parti Demokrat, termasuk juga bekas rakan politik beliau, Senator Elizabeth Warren.
Satu-Lawan-Satu Biden-Trump
Dengan pengunduran Sanders, seluruh jentera kerja parti Demokrat, dan juga rakan-rakan mereka yang sehaluan dengan usaha untuk menjatuhkan Trump di peti undi, kini boleh digunakan untuk membantu Biden dalam pertarungan yang dijangka sengit ini.
Trump sentiasa mendapat perhatian ramai pihak disebabkan cara beliau mengendalikan dirinya di media sosial.
Jika usaha Biden sebelum ini adalah untuk menarik perhatian pengundi ahli-ahli parti Demokrat (satu usaha yang tidak akan secara langsung melemahkan Trump), kini segala usaha Biden, mulai hari ini sehingga hari pilihan raya nanti, boleh diberi fokus untuk menjatuhkan Trump di peti undi nanti.
Parti Demokrat kini benar-benar telah memasuki pertarungan untuk mengalahkan Trump secara demokratik.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pemilihan
#presiden
#Presiden Amerika Syarikat
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan