awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand

Bernama
Bernama
14/12/2024
09:30 MYT
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Tiga orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera, selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang Merah 2024 di Daerah Umphang, Wilayah Tak, utara Thailand, lewat malam Jumaat. - Foto AP
BANGKOK: Tiga orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera, selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang Merah 2024 di Daerah Umphang, Wilayah Tak, utara Thailand, lewat malam Jumaat.
Bom itu dipercayai bahan letupan buatan sendiri, meletup berhampiran pentas konsert ketika penonton sedang menyaksikan persembahan kira-kira 11.30 malam waktu tempatan.
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Sebagai tindak balas segera, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra mengarahkan usaha pantas untuk memburu pelaku dan mengarahkan pihak berkuasa untuk memberikan sokongan segera kepada mangsa yang cedera.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Jirayu Huangsub berkata Perdana Menteri mengarahkan Ketua Polis Negara dan agensi keselamatan tempatan untuk mengutamakan penjagaan yang cedera, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengerahkan sumber untuk mengumpul bukti dan menangkap pelaku dengan segera.
"Selain itu, beliau telah mengarahkan polis, pegawai pentadbiran dan anggota keselamatan di seluruh negara untuk meningkatkan langkah keselamatan di pameran itu sepanjang tempoh ini. Ini termasuk menjalankan pemeriksaan bahan berbahaya untuk memastikan keselamatan awam," kata Jirayu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menambah bahawa Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga si mati dan yang cedera.
"Beliau telah menugaskan agensi berkaitan untuk membantu keluarga mangsa dengan menampung perbelanjaan perubatan dan memberikan pampasan kewangan kepada si mati, mengikut peraturan. Langkah-langkah ini akan dilaksanakan segera, dengan laporan kemajuan diserahkan kepada Perdana Menteri," tambah Jirayu.
Sementara itu, media tempatan Thailand melaporkan Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai mengesahkan bahawa seorang suspek telah ditangkap dan menolak keganasan atau aktiviti militan, mencadangkan insiden itu mungkin berpunca daripada pertembungan antara kumpulan belia.
Polis di Wilayah Tak mengesahkan bahawa dua pemuda yang mempunyai kaitan dengan pengeboman itu telah ditahan untuk disoal siasat awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan bom
#Utara Thailand
#Pameran Palang Merah
#Umphang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan