awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas hampir sebulan, jasad pemain badminton China masih disimpan di hospital Yogyakarta

Agensi
Agensi
24/07/2024
16:07 MYT
Selepas hampir sebulan, jasad pemain badminton China masih disimpan di hospital Yogyakarta
Zhang Zhi Jie rebah di gelanggang sewaktu perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu. - Gambar fail
JASAD pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Portal berita Kompas.com melaporkan, sehingga Rabu (24 Julai), sudah masuk 24 hari jasad atlet China yang mengalami masalah jantung terhenti itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.
Jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy, juga telah mengesahkan bahawa jasad Zhang Zhi Jie masih berada di RSUP Dr Sardjito hingga Rabu (24 Julai).
Bagaimanapun menurutnya, pihak keluarga telah meminta agar jasad Zhang Zhi Jie tetap berada di hospital itu untuk sementara waktu.
"Benar, hingga kini jenazah Zhang Zhi Jie masih di RS Sardjito Yogyakarta. Maklumat yang diterima daripada panitia pelaksana setempat, pihak keluarga meminta tempoh satu minggu lagi untuk mengambilnya," ujarnya kepada Kompas.com.
Broto mengakui tidak mengetahui alasan di sebalik permintaan keluarga Zhang Zhi Jie tersebut, namun memberitahu bahawa pihak PBSI sedia menanggung proses pemulangan jasad atlet China tersebut ke negara asalnya.
Laporan Antara sebelum ini memetik kata Ketua Bahagian Undang-Undang dan Perhubungan Masyarakat RSUP Dr Sardjito, Banu Hermaan, yang memberi jaminan bahawa jasad tersebut dalam keadaan baik.
"Insya-Allah (bertahan) lama, kerana peti pendingin mampu menyimpan jasad untuk jangka masa panjang. Tidak ada perawatan khas, hanya disimpan saja," ujarnya pada 12 Julai lalu.
Pihaknya masih menunggu arahan dan malklumat terkini daripada keluarga mendiang ataupun PBSI berhubung keputusan pengambilan jenazah Zhang Zhi Jie.
Topic Berkaitan
#Zhang Zhi Jie
#Jasad
#Hospital
#keluarga
#tuntutan jasad
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan