awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang wanita maut 'ditelan' eskalator di China

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
27/07/2015
13:20 MYT
Seorang wanita maut 'ditelan' eskalator di China
Seorang wanita berumur 30 tahun maut 'ditelan' eskalator di sebuah pasar raya di China. - Sumber gambar YouTube
Seorang wanita di China maut 'ditelan' eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya bersama anaknya.
Rakaman CCTV itu menjadi perbualan hangat para netizen di media sosial selepas ia dimuat naik di laman YouTube.
Insiden itu berlaku apabila lantai eskalator itu tiba-tiba runtuh.
Dalam video itu berdurasi 0.35 saat itu, Xiang Liujuan, 30 bersama anaknya dilihat sudah sampai ke penghujung eskalator berkenaan dan ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘menelan’ wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ibu mangsa sempat menyelamatkan anaknya dengan terus menolak dia kepada seorang wanita yang berada di tempat kejadian itu.
Walaupun beberapa individu yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan Xiang, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.
Menurut laporan media, tubuh mangsa hanya berjaya dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu di sebuah pasaraya besar di Jingzhou.
Topic Berkaitan
#China
#eskalator
#Jngzhou
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan