awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seoul silap hantar amaran kecemasan selepas Korea Utara lancar jentera pelancar udara

Bernama
Bernama
31/05/2023
04:10 MYT
Seoul silap hantar amaran kecemasan selepas Korea Utara lancar jentera pelancar udara
Amaran menerusi telefon bimbit dihantar kepada semua rakyat pada 6.41 pagi, sejurus selepas Ketua Turus Bersama berkata Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti kenderaan pelancar angkasa. -Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Kerajaan bandar raya Seoul pada Rabu tersilap menghantar amaran kecemasan menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah selepas Korea Utara melancarkan roket, lapor Agensi Berita Yonhap.
Amaran menerusi telefon bimbit dihantar kepada semua rakyat pada 6.41 pagi, sejurus selepas Ketua Turus Bersama berkata Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti kenderaan pelancar angkasa.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menarik balik amaran itu pada 7.03 pagi, mengatakan amaran itu dihantar secara tidak sengaja.
"Kami memaklumkan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh Bandaraya Metropolitan Seoul pada 6.41 pagi adalah maklumat yang salah," menurut kementerian itu.
Seorang pegawai kementerian berkata Seoul bukanlah kawasan di mana amaran telah dikeluarkan.
Kerajaan bandar raya itu berkata ia menghantar amaran tersebut selepas menerima pemberitahuan daripada kementerian dalam negeri mengenai pelancaran roket Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#amaran kecemasan
#kenderaan pelancar angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan