awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel bunuh puluhan di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2024
00:00 MYT
Serangan Israel bunuh puluhan di Gaza
Pasukan perubatan dan ahli keluarga menggunakan selimut atau kain kafan untuk menutup jenazah mangsa, termasuk wanita, sebelum mengusung mereka. - Foto AP
KAHERAH: Serangan tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin di Gaza sepanjang Jumaat.
Pasukan perubatan Gaza melaporkan, penemuan 19 mayat di utara Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian lama di Gaza.
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah di Beit Lahiya, utara Gaza.
Mangsa lain turut dilaporkan terkorban di kawasan utara dan selatan Semenanjung Gaza.
Pada hari sebelumnya, Israel mendakwa operasi terhadap "sasaran keganasan di Semenanjung Gaza" sedang berlangsung.
Kereta kebal Israel memasuki kawasan utara dan barat Nuseirat pada Khamis, tetapi berundur dari kawasan utara pada Jumaat.
Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin melaporkan bahawa pasukan mereka tidak dapat membantu penduduk yang terperangkap di rumah masing-masing.
Pada Jjumaat, puluhan rakyat Palestin kembali ke kawasan yang ditinggalkan tentera untuk menilai kerosakan pada rumah mereka.
Pasukan perubatan dan ahli keluarga menggunakan selimut atau kain kafan untuk menutup jenazah mangsa, termasuk wanita, sebelum mengusung mereka.
Di Tebing Barat, Presiden Mahmoud Abbas menyeru gencatan senjata segera di Gaza.
Beliau menuduh Israel menggunakan taktik kelaparan terhadap penduduk di utara Gaza untuk mengusir mereka dari tanah dan kediaman mereka.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#serangan
#kem pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan