awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel pada Sabtu ragut 33 nyawa rakyat Palestin di Gaza

Bernama
Bernama
03/05/2025
09:55 MYT
Serangan Israel pada Sabtu ragut 33 nyawa rakyat Palestin di Gaza
Antara yang terbunuh dan cedera termasuk di kawasan Batn al-Samin di Khan Younis dan di Jabalia. - Foto Reuters
BANDARAYA GAZA : Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin maut manakala puluhan lagi cedera dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik sumber kesihatan.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza, dengan kediaman dan infrastruktur menjadi sasaran, termasuk di Khan Younis, Jabalia, dan beberapa lokasi lain.
  • Tentera Israel memperbaharui serangan pada 18 Mac, memungkiri perjanjian gencatan senjata, menyebabkan kematian berterusan dalam kalangan rakyat Palestin.
  • Sejak Oktober 2023, lebih 52,000 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terkorban dalam serangan tersebut

Israel menyasarkan kediaman dan infrastruktur dalam serangan berterusan di wilayah pantai itu.
Antara yang terbunuh dan cedera termasuk di kawasan Batn al-Samin di Khan Younis dan di Jabalia.
Serangan lain turut mengorbankan 10 nyawa di kem pelarian Bureij, lapan di kejiranan Sheikh Radwan, lima di Beit Lahia dan seorang di Kizan al-Najjar.
Tentera Israel memperbaharui serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus memungkiri perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, pada 19 Jan lepas.
Lebih 52,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terkorban dalam serangan ganas Israel sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Gaza
#jumlah korban
#gencatan senjata
#Hamas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami