awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shinzo Abe beri sumbangan besar dalam hubungan dua hala Thailand-Jepun - Prayuth

Bernama
Bernama
08/07/2022
14:30 MYT
Shinzo Abe beri sumbangan besar dalam hubungan dua hala Thailand-Jepun - Prayuth
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengucapkan takziah atas kematian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mengucapkan takziah atas kematian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.
Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Prayuth, bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand mengucapkan takziah kepada keluarga Abe dan kerajaan serta rakyat Jepun atas kehilangan itu.
Beliau berkata Abe telah banyak menyumbang kepada pembangunan hubungan dua hala antara Thailand dan Jepun.
"Beliau (Abe) seorang yang sangat berkebolehan dan disayangi terutamanya oleh rakyat Jepun.
"Sepanjang lapan tahun menjadi perdana menteri, Abe memainkan peranan penting dalam mempromosikan hubungan dan persahabatan antara Thailand dan Jepun," kata Prayuth dalam satu kenyataan.
Prayuth berkata lawatan Abe ke Thailand pada 2013 yang juga lawatan rasmi pertama pemimpin Jepun dalam tempoh 11 tahun, telah meletakkan asas kukuh untuk hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Abe juga penyokong kuat hubungan ASEAN-Jepun sejak beberapa tahun lalu, katanya.
Sementara itu, Prayuth menerusi hantaran di Facebook, berkata beliau kehilangan seorang sahabat dan ia juga satu kehilangan besar buat Jepun.
"Dengan penuh dukacita, saya bersedih dengan pemergian seorang sahabat yang hebat.
"Rakyat Thailand turut mengucapkan takziah kepada kerajaan Jepun dan rakyatnya," tulis Prayuth.
Prayuth turut memuji Abe atas dedikasi sepanjang perkhidmatannya dan usaha yang tidak kenal erti lelah untuk mencapai visinya.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan mengecam pembunuhan Abe yang disifatkan sebagai tindakan keganasan.
Kenyataan itu turut menyokong apa jua usaha untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.
"Kami di Thailand akan sentiasa mengingati Abe sebagai sahabat sejati Thailand yang komited memupuk hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Thailand dan Jepun dalam semua dimensi," menurut kenyataan itu.
Abe ditembak ketika sedang berucap dalam satu kempen pilihan raya di bandar raya Nara dan pelakunya sudah ditahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#bekas perdana menteri Jepun
#Perdana Menteri Thailand
#Prayuth Chan-o-cha
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan