awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siaran langsung 9,000 kg gading gajah RM55 juta dihancurkan esok di YouTube

Bernama
Bernama
11/08/2020
09:48 MYT
Siaran langsung 9,000 kg gading gajah RM55 juta dihancurkan esok di YouTube
Ini adalah rampasan terbesar gading gajah di Singapura, setakat ini. -Bernama
Lembaga Taman Nasional (NParks) Singapura akan memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai S$18 juta (RM55.07 juta) sempena memperingati sambutan Hari Gajah Sedunia, esok.
Gading berkenaan dirampas daripada pelbagai penghantaran sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut NParks dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 21 Julai 2019, republik itu merampas sebanyak 8.8 tan atau 1,548 gading gajah mentah bernilai kira-kira $17.6 juta (RM54 juta) yang dibungkus di dalam 137 beg.
NParks, Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan merampas gading berkenaan dari sebuah kontena setinggi 40 kaki yang sedang dalam perjalanan dari Republik Demokratik Kongo ke Vietnam.
Ia dikatakan rampasan terbesar gading gajah di Singapura, setakat ini.
Menurut NParks, sembilan tan gading yang akan dimusnahkan menggunakan penghancur batu industri dan proses penghancuran akan disiarkan secara langsung di laman YouTube NParksSG.
NParks menguruskan lebih 350 taman, 3,347 hektar rizab alam termasuk Taman Botani Singapura, Taman Tasik Jurong, Pulau Ubin dan Taman Laut Sisters Islands.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gading gajah
#Imigresen
#kastam
#Lembaga Taman Nasional
#NParks
#Singapura
#Vietnam
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan