awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura import 1GW elektrik rendah karbon dari Kemboja

Bernama
Bernama
17/03/2023
04:10 MYT
Singapura import 1GW elektrik rendah karbon dari Kemboja
Elektrik yang diimport itu dihasilkan menerusi kaedah rendah karbon, termasuk loji kuasa hidro, solar dan angin dan dipindahkan melalui kabel baharu dasar laut. - Gambar hiasan
MOSCOW: Singapura akan mengimport 1 gigawatt elektrik rendah karbon dari Kemboja tidak lama lagi, yang merupakan import elektrik terbesar negara itu setakat ini, kata Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura pada Khamis.
"Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) memberi kelulusan bersyarat kepada Keppel Energy Pte. Ltd. untuk mengimport 1 gigawatt (GW) elektrik dari Kemboja. Ia adalah kelulusan bersyarat pertama import elektrik oleh EMA yang menandakan peristiwa penting dalam usaha Singapura untuk mengimport sehingga 4 GW elektrik rendah karbon menjelang 2035," kata EMA dalam satu kenyataan.
Elektrik yang diimport itu dihasilkan menerusi kaedah rendah karbon, termasuk loji kuasa hidro, solar dan angin dan dipindahkan melalui kabel baharu dasar laut, menurut kenyataan itu.
Singapura adalah antara negara yang bersedia untuk beralih kepada ekonomi hijau. Kenaikan harga tenaga pada 2022 mendorong Singapura untuk menamatkan pergantungannya kepada bahan api fosil, lapor Sputnik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#elektrik rendah karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan