awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS-Singapura perkukuh kerjasama pertahanan, bincang pembelian jet F-35

Agensi
Agensi
10/09/2025
00:50 MYT
AS-Singapura perkukuh kerjasama pertahanan, bincang pembelian jet F-35
Pete Hegseth (kanan) mengalu-alukan ketibaan Chan Chun Sing di Pentagon, Washington DC, AS, 9 Sept 2025. REUTERS
VIRGINIA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing di Pentagon pada Selasa.
Pertemuan itu disifatkan sebagai penting dalam hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Singapura bagi memastikan kestabilan serantau.
Antara lain, pertemuan kedua-dua Menteri Pertahanan itu membincangkan pembelian tambahan jet pejuang F-35 oleh Singapura, yang dijangka menggantikan F-16 yang sudah lama dalam perkhidmatan.
Dalam pertemuan itu juga, Hegseth turut mengalu-alukan kedatangan Chan ke 'Jabatan Perang' yang baru dinamakan semula, sekali gus mencetuskan gelak tawa dalam kalangan tetamu.
Langkah penamaan semula itu susulan perintah eksekutif ditandatangani Presiden Donald Trump yang menukar nama asal Jabatan Pertahanan kepada Jabatan Perang, Jumaat lalu.
Ia dikatakan mengembalikan gelaran bersejarah yang digunakan hingga 1949 sebelum agensi berkenaan disusun semula di bawah Akta Keselamatan Negara 1947, bertujuan menekankan peranan Pentagon dalam mencegah konflik.
Perintah itu menetapkan Jabatan Perang sebagai gelaran sekunder bagi Pentagon dan mengarahkan Hegseth mengambil gelaran tambahan sebagai Setiausaha Perang.
Topic Berkaitan
#Pete Hegseth
#Jabatan Perang AS
#Hubungan dua hala
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan