awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tangguh hantar rombongan jemaah haji 2021

Bernama
Bernama
27/05/2021
20:00 MYT
Singapura tangguh hantar rombongan jemaah haji 2021
MUIS yakin sepenuhnya dengan pengurusan pandemik Arab Saudi, dan langkah-langkah yang sesuai akan dilaksanakan sekiranya Haji 2021 diteruskan. - Twitter
SINGAPURA: Singapura memutuskan untuk tidak menghantar rombongan jemaah menunaikan haji di Arab Saudi tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 global masih berterusan.
Majlis Agama Islam Singapura (Muis) mengatakan keadaan pandemik di seluruh dunia tetap menunjukkan peningkatan dan menjadi perhatian utama, dengan penyebaran varian baharu virus dalam beberapa bulan terakhir.
"Semakin banyak negara di dunia melaporkan gelombang jangkitan baharu dan bulan-bulan akan datang mungkin akan lebih mencabar.
"Meskipun banyak negara telah memulakan vaksinasi mereka, kadar vaksinasi di banyak negara masih rendah pada saat ini," menurut Muis dalam laman webnya pada Khamis.
Pihak MUIS yakin sepenuhnya dengan pengurusan pandemik Arab Saudi, dan langkah-langkah yang sesuai akan dilaksanakan sekiranya Haji 2021 diteruskan.
Namun, Singapura mempunyai pertimbangan sendiri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan jemaah Singapura, katanya.
Muis menambah Jawatankuasa Fatwa menyokong keputusan itu, dengan mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan jemaah.
Muis berkata, ia akan mengatur semula giliran bagi jemaah yang terjejas ke tahun haji berikutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Haji
#varian baharu
#MUIS
#Singapura
#pandemik
#COVID-19
#Majlis Agama Islam Singapura
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan