awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan

Bernama
Bernama
09/09/2024
03:50 MYT
Singapura tingkatkan langkah keselamatan di semua pusat pemeriksaan
Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini. - Gambar Bernama
SINGAPURA: Singapura sedang meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan darat, udara dan laut dari 9 hingga 14 September ini.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan ke atas pengembara dan kenderaan yang tiba di pusat pemeriksaan darat, udara dan laut berikutan situasi keselamatan yang semakin meningkat di rantau ini.
"Pengembara harus menjangkakan kelewatan di pusat pemeriksaan berikutan pemeriksaan yang dipertingkatkan dan mengambil kira masa tambahan untuk urusan imigresen," menurut ICA dalam hantaran di laman Facebook rasminya.
Agensi itu bagaimanapun tidak memperincikan sebab di sebalik langkah keselamatan berkenaan.
Paus Francis dijadual melawat Singapura dari 11 hingga 13 September untuk pusingan terakhir lawatannya ke Asia Pasifik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ICA Singapura
#langkah keselamatan
#Paus Francis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan