awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan barat dorong genosid di Gaza - MP UK

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2024
00:45 MYT
Sokongan barat dorong genosid di Gaza - MP UK
Zarah berkata tindakan itu juga menyebabkan Israel memusnahkan hospital terakhir di Gaza Utara dan melancarkan serangan di Yaman. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Ahli Parlimen daripada Parti Buruh, Zarah Sultana, mengkritik penjualan senjata oleh United Kingdom (UK) kepada Israel.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata tindakan itu menyumbang kepada serangan yang membawa kepada kemusnahan di Gaza.
Ujarnya, tindakan itu juga menyebabkan Israel memusnahkan hospital terakhir di Gaza Utara dan melancarkan serangan di Yaman, yang turut melibatkan situasi di mana Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) nyaris tercedera.
Remember the outrage when Israel first targeted hospitals in Gaza? Now, the last hospital in northern Gaza is destroyed, babies are freezing to death & the WHO Director-General narrowly survived an attack in Yemen. This genocide is fuelled by UK arms sales & Western support.
— Zarah Sultana MP (@zarahsultana) December 28, 2024
Menurut media antarabangsa, Zarah sebelum ini menggesa Setiausaha Luar UK, David Lammy, untuk melaksanakan sekatan senjata yang menyeluruh terhadap Israel.
Ini termasuk menghentikan pembekalan komponen jet pejuang F-35.
Seruan itu senada dengan desakan 18 badan amal UK, termasuk Medical Aid for Palestinians, OXFAM GB dan Save The Children UK, yang menandatangani kenyataan bersama, menyeru penghentian semua pemindahan senjata ke Israel.
Zarah turut lantang mengkritik pendirian partinya dengan menyeru tindakan lebih tegas susulan tekanan rakyat UK terhadap Parti Buruh yang dilihat menyokong Israel sejak konflik Gaza tercetus.
Selain Zarah, kumpulan Ahli Parlimen Independent Alliance, termasuk bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn, turut mengeluarkan kenyataan mengutuk penjualan senjata tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Zarah Sultana
#penjualan senjata
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan