awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan AS–Iran dihentikan sementara, perbezaan masih wujud
Ratusan ditahan dalam protes di UK bantah larangan terhadap Palestine Action
Pendakwa Manhattan siasat dakwaan salah laku seks terhadap ahli Kongres AS, Eric Swalwell
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starbucks latih pekerja elak diskriminasi kaum

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2018
05:41 MYT
Starbucks latih pekerja elak diskriminasi kaum
Anggota polis berkawal di luar sebuah kedai kopi Starbucks ketika kumpulan protes mengadakan tunjuk perasaan di dalam kedai di mana dua lelaki telah ditangkap di Philadelphia, Pennsylvania, 16 April, 2018. REUTERS
Starbucks dilaporkan akan menutup lebih 8,000 cawangannya di Amerika Syarikat (AS) bulan depan bagi mengendalikan latihan mengelak diskriminasi perkauman.
Rangkaian syarikat kopi terkemuka itu akan menutup operasi pada 29 Mei, sekitar waktu tengah hari bagi mengadakan latihan yang bertujuan mendidik hampir 175,000 pekerjanya daripada melakukan diskriminasi di premis perniagaan mereka.
Latihan tersebut diadakan susulan protes orang ramai terhadap penangkapan dua lelaki kulit hitam yang dikatakan sedang menunggu untuk bertemu seseorang di Starbucks Philadelphia.
Tindakan pengurus kedai yang menghubungi pihak polis dan membawa kepada penangkapan itu mengundang kemarahan malah terdapat usaha untuk memboikot Starbucks.
Ketua eksekutif Starbucks, Kevin Johnson berkata dia telah mengambil iktibar daripada kesalahan itu dan mengambil langkah perlu untuk memperbaikinya.
BACA: Tular: Halau dua lelaki mahu guna tandas, Starbucks mohon maaf
Johnson dilaporkan berada di Philadelphia selama beberapa hari untuk bertemu dengan dua lelaki yang ditahan dan mengadakan perbincangan.
"Penutupan operasi untuk latihan diskriminasi perkauman hanyalah satu langkah dalam perjalanan yang memerlukan dedikasi syarikat dan rakan kongsi kami," kata Johnson.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#diskriminasi
#Kevin Johnson
#kulit hitam
#operasi
#perkauman
#Philadelphia
#polis
#protes
#Starbucks
#syarikat kopi
#tangkapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan