awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbat mayat anak saudara dalam mesin basuh

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2023
03:45 MYT
Sumbat mayat anak saudara dalam mesin basuh
Mayat mangsa ditemui disumbat dalam mesin basuh yang tidak digunakan. -Foto: Agensi
MANILA: Misteri kehilangan seorang budak lelaki ketika berada di bawah pengawasan bapa saudaranya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah mesin basuh.
Insiden mengejutkan itu berlaku di Las Pinas, Filipina pada Jumaat lalu.
Lapor media tempatan, sebelum dilaporkan hilang, Prince Gray Monderno bermain dengan sepupunya.
Bapa saudara mangsa, Patrick Sucgang mendakwa tidak mengetahui keberadaan mangsa sebelum keluarganya membuat laporan polis.
Namun, dua hari selepas kehilangan mangsa, ibu Sucgang terhidu bau busuk dari bilik remaja itu.
Wanita itu mengesan bau busuk tersebut datang dari mesin basuh yang sudah tidak digunakan.
"Ibu suspek menemui mayat mangsa disumbat di dalam mesin basuh tersebut.
"Suspek diserahkan kepada polis oleh ibunya sendiri dan mengaku membunuh mangsa," kata Ketua Polis Las Pinas, Jaime Santos.
Motif pembunuhan masih disiasat, namun polis diberitahu suspek merupakan peminat fanatik drama bersiri Netflix bertajuk "Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story" yang menceritakan kisah pembunuh bersiri Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Dahmer yang mengganas di antara tahun 1978 dan 1991.
Suspek didakwa membunuh di bawah Akta Antipenderaan dan Eksploitasi Kanak-kanak.
Namun, disebabkan usianya, prosiding undang-undang terpaksa digantung sehingga umurnya mencapai 18 tahun. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#mesin basuh
#dibunuh bapa saudara
#Prince Gray Monderno
#Patrick Sucgang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan