awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan

Bernama
Bernama
03/09/2024
02:45 MYT
Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan
Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) Pakistan menahan seorang suspek yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia semasa operasi di wilayah timur Punjab. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) Pakistan menahan seorang suspek yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia semasa operasi di wilayah timur Punjab, lapor Xinhua.
Suspek yang turut terlibat dalam kes penipuan visa didapati memiliki 36 pasport Pakistan, menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi itu pada Isnin.
FIA memaklumkan bahawa suspek dilaporkan meminta sejumlah wang daripada individu-individu dengan janji palsu untuk menghantar mereka ke luar negara.
Agensi itu turut mempergiat usaha dengan melakukan serbuan bagi menjejaki individu yang bersubahat, menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa Pakistan memperketat langkah-langkah terhadap pemerdagangan manusia berikutan insiden tragis di Greece tahun lalu yang menyebabkan ramai warga Pakistan maut ketika cuba memasuki Eropah secara haram. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#FIA Pakistan
#kes penipuan visa
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan