awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban lancar program atasi kelaparan

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2021
23:14 MYT
Taliban lancar program atasi kelaparan
Seorang peniaga tukaran mata wang memeriksa wang kertas di hadapan seorang lelaki di pasar Kabul. - Foto REUTERS
KABUL: Kerajaan Taliban melancarkan program mengatasi kelaparan dalam kalangan penduduknya.
Antara lain, ia menawarkan ribuan rakyat Afghanistan gandum sebagai pertukaran tenaga kerja.
Ketua jurucakap Taliban pada satu sidang media di selatan Kabul berkata, skim ini akan dilancarkan di sekitar pekan dan bandar Afghanistan.
Ia bakal menggajikan 40,000 lelaki di Kabul.
Menurut Zabihullah Mujahid, untuk jangka masa panjang, ia adalah langkah penting untuk membasmi pengangguran.
Beliau turut menekankan bahawa, pada masa sukar, buruh perlu bekerja keras untuk teruskan kehidupan.
Afghanistan yang sedang dihimpit kemiskinan, kemarau, terputus bekalan elektrik dan kegagalan sistem ekonomi kini berdepan pula dengan permulaan musim sejuk terburuk.
Skim makanan untuk bekerja ini tidak akan membayar pekerja sebaliknya menyasarkan mereka yang kini menganggur dan paling berisiko berdepan kelaparan pada musim sejuk.
Program dua bulan itu akan menyaksikan 11,600 tan gandum diedarkan di ibu negara, dengan kira-kira 55,000 tan diagihkan ke tempat lain di negara itu.
Ini termasuk Herat, Jalalabad, Kandahar, Mazar-i-Sharif dan Pol-i-Khomri.
Kerja buruh di Kabul termasuk menggali saluran air dan teres tadahan salji di bukit untuk menghadapi musim kemarau.
Topic Berkaitan
#Taliban
#kelaparan
#peluang pekerjaan
#Afghanistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan