awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Yaman bermandi darah, 71 terkorban dalam masa 48 jam

Agensi
Agensi
26/12/2017
05:51 MYT
Tanah Yaman bermandi darah, 71 terkorban dalam masa 48 jam
Beberapa serangan udara yang dilancarkan di Sanaa menyaksikan 11 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dan dua wanita pada Isnin. - REUTERS/Fail
Sekurang-kurangnya, 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.
Pada Isnin, beberapa serangan udara yang dilancarkan di Sanaa menyaksikan 11 orang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dan dua wanita.
Laporan media tempatan pula melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh termasuk dua wanita di wilayah Hodeidah manakala empat yang lain terbunuh dalam serangan di wilayah Dhamar.
Beberapa serangan udara turut dilaporkan berlaku di daerah Arhab ketika satu tunjuk perasaan menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diadakan.
Buat masa ini belum ada sebarang komen dikeluarkan tentera pakatan Arab Saudi berhubung serangan 48 jam tersebut.
Dianggarkan lebih 18 juta penduduk tinggal di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak dengan kesemuanya kini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan perubatan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Dhamar
#Donald Trump
#Houthi
#Kanak-kanak
#makanan
#perubatan
#tentera
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan