awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: China akan naikkan tarif 125 peratus kepada barangan AS

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2025
08:30 MYT
Tarif Trump: China akan naikkan tarif 125 peratus kepada barangan AS
Pengumuman oleh Kementerian Kewangan China menyaksikan peningkatan daripada 84 peratus yang dikenakan sebelum ini kepada negara 'Uncle Sam' - Gambar fail/ Adobe Stock
CHINA akan mengenakan tarif sebanyak 125 peratus ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) mulai Sabtu.
Pengumuman terbaharu itu, yang dibuat oleh Kementerian Kewangan China menyaksikan peningkatan daripada 84 peratus yang dikenakan sebelum ini oleh ekonomi kedua terbesar dunia itu kepada negara 'Uncle Sam'.
Kedua-dua negara itu dilihat saling 'berbalas' tarif selepas pentadbiran Donald Trump menaikkan tarif kepada China daripada 104 peratus kepada 125 peratus pada Rabu lalu.
Langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap pengumuman China yang mengenakan tarif sebanyak 84 peratus ke atas barangan import AS, berkuat kuasa pada Khamis.
China semalam menegaskan tidak mahu mencetuskan perang dagang, namun tidak takut jika AS meneruskan ancaman tarif.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian, negara itu tidak akan berdiam diri membiarkan hak serta kepentingan sah rakyat China dirampas.
Sementara itu, media antarabangsa hari ini melaporkan Trump berhasrat untuk mencapai perjanjian dengan China bagi menamatkan perang perdagangan yang semakin meruncing.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#terkini
#perang tarif
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan