awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan

Bernama
Bernama
04/02/2025
07:30 MYT
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor media tempatan yang memetik pegawai Rumah Putih.
Pada hari yang sama, Trump dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang sekian lama mengkritik UNRWA, lapor Xinhua.
Semasa penggal pertama Trump pada Jun 2018, AS menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB dengan alasan keanggotaan badan itu diberikan kepada negara yang tidak layak serta mempunyai tumpuan tidak seimbang dan permusuhan berterusan terhadap Israel.
Bagaimanapun, pada Februari 2021, Setiausaha Negara AS ketika itu, Antony Blinken mengumumkan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan kembali menyertai majlis berkenaan sebagai pemerhati.
Sejak 1950, UNRWA menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan