awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ida dijangka melanda New Orleans hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2021
23:07 MYT
Taufan Ida dijangka melanda New Orleans hari ini
Orang ramai dilihat meninggalkan kawasan New Orleans menjelang kedatangan Taufan Ida. - Foto REUTERS/Adrees Latif
NEW ORLEANS: Penduduk di New Orleans digesa segera berpindah susulan Taufan Ida yang bakal melanda kawasan persisir pantai Louisiana, Amerika Syarikat pada Ahad.
Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell berkata, daripada maklumat yang diterima, taufan berkenaan dalam perjalanan ke bandar itu dan ia semakin kuat.
Hujan lebat dan angin kencang turut dilaporkan di kawasan barat Cuba.
"Penduduk yang ingin berpindah harus lakukannya sekarang. Kami perlu memastikan anda semua selamat," kata Cantrell.
Tambahnya penduduk yang tidak dapat berpindah harus membuat persiadaan rapi bagi menghadapi angin kencang, hujan lebat dan terputus bekalan elektrik.
Secara kebetulan, kedatangan Taufan Ida jatuh pada tarikh sama Taufan Katrina melanda New Orleans 16 tahun lalu yang meragut lebih 1,800 nyawa.
80 peratus bandar berkenaan turut ditenggelami air dalam kejadian berkenaan.
Sementara itu Gavenor Louisiana telah mengisytiharkan keadaan darurat di negeri itu dan beliau menggesa orang ramai untuk mencari perlindungan bagi menghadapi Taufan Ida.
Presiden Joe Biden juga memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan menghulurkan bantuan segera jika Taufan Ida menyebabkan kemusnahan yang meluas.
Topic Berkaitan
#Taufan Ida
#New Orleans
#hujan lebat
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan