awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan tidak sengaja peluru berpandu India boleh cetuskan perang - Pakistan

Bernama
Bernama
24/03/2022
03:42 MYT
Tembakan tidak sengaja peluru berpandu India boleh cetuskan perang - Pakistan
Pakistan mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk "mengetengahkan keseriusan" insiden peluru berpandu itu.
NEW DELHI: Pakistan pada Rabu berkata ia memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai peluru berpandu India yang mendarat di wilayahnya pada 9 Mac, insiden yang dikatakan India berlaku disebabkan kesilapan teknikal namun penjelasan itu tidak memuaskan hati Islamabad.
Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi, bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha selepas mesyuarat Menteri Luar OIC di Islamabad, berkata Pakistan mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan presiden Majlis Keselamatan PBB untuk "mengetengahkan keseriusan" insiden peluru berpandu itu.
"Kejadian itu boleh mencetuskan perang yang tidak disengajakan di Asia Selatan. Ia serius seperti itu," katanya.
Qureshi berkata kejadian itu menimbulkan "beberapa persoalan yang sangat memerlukan jawapan" dan mengulangi permintaan Pakistan untuk mengadakan siasatan bersama akan perkara itu.
Kementerian Pertahanan India pada 11 Mac berkata "kesilapan teknikal menyebabkan tembakan peluru berpandu secara tidak sengaja" semasa "penyelenggaraan rutin."
Menteri Pertahanan India Rajnath Singh pada 15 Mac berkata di Parlimen negara itu akan menjalankan kajian semula prosedur operasi standardnya untuk menguruskan sistem senjata canggihnya dan menegaskan bahawa sistem peluru berpandu India adalah "sangat boleh dipercayai dan selamat."
Kerajaan India tidak menyatakan jenis senjata yang terlibat dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Pakistan
#peluru berpandu
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan