awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan

Bernama
Bernama
10/09/2025
10:41 MYT
Tentera ambil alih kuasa selepas kerajaan Nepal digulingkan
Protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu menyaksikan para penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya. - AP
ANKARA: Tentera Nepal mengambil alih kuasa pada Selasa malam selepas dua hari protes yang mengorbankan 20 orang serta menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Portal berita SetoPati melaporkan tentera "sedang beroperasi di seluruh negara."
Askar dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman ketika penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam serta membebaskan banduan.
Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral Ashok Raj Sigdel, menggesa agar semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis di negara Himalaya itu.
Semua lapangan terbang turut ditutup.
Presiden Ramchandra Paudel sedang bersiap memulakan proses membentuk kerajaan baharu selepas beliau menerima peletakan jawatan Oli.
Hampir 350 yang lain dilaporkan cedera.
Nepal menyaksikan beberapa peristiwa dramatik sejak Isnin selepas Oli melarang penggunaan media sosial, sambil menggesa syarikat multinasional itu membuka pejabat di negara berkenaan.
Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya.
Penunjuk perasaan turut membakar kediaman beberapa pemimpin utama termasuk Pejabat Presiden, ketika protes ganas berterusan walaupun kerajaan mengumumkan larangan terhadap media sosial ditarik balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tentera Nepal
#ambil alih kuasa
#tunjuk perasaan
#protes awam
#kerajaan digulingkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan