awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Araghchi nafi hubungan semula dengan utusan AS
Trump tangguh lawatan ke China ‘sebulan atau lebih’ kerana perang Iran
AS sahkan sekurang-kurangnya 200 anggota tentera cedera dalam perang dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sedia mulakan perbincangan projek HSR Bangkok-KL

Bernama
Bernama
29/11/2016
00:00 MYT
Thailand sedia mulakan perbincangan projek HSR Bangkok-KL
Projek HSR itu akan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar Bangkok dan Kuala Lumpur kepada enam jam. - Gambar fail
The State Railway of Thailand telah menghantar surat kepada pihak berkuasa kereta api Malaysia, menyatakan hasrat untuk memulakan perbincangan tentang kebolehlaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Bangkok dan Kuala Lumpur.
Gabenornya, Wuttichart Kanlayanamit berkata surat tersebut dihantar pada minggu lepas.
"Menjelang hujung minggu ini, segala butiran bakal diperoleh tentang tempat dan tarikh perbincangan itu akan diadakan, sama ada di Malaysia atau Thailand," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau yakin dengan potensi projek HSR itu yang akan menghubungkan kedua-dua bandar raya tersebut.
Wuttichart berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Menteri Pengangkutan Thailand Arkom Termpittayapaisith pada minggu lepas bahawa perbincangan antara Malaysia dan Thailand mengenai kebolehlaksanaan projek HSR sejauh 1,400 kilometer akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, projek HSR itu akan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut kepada enam jam, sambil menambah perbincangan tersebut akan bermula pada peringkat pegawai sebelum ia diteruskan ke peringkat menteri.
Projek HSR tersebut dibangkitkan semasa mesyuarat rundingan tahunan Malaysia-Thailand di sini pada September, yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya di Thailand Jen Prayut Chan-o-cha bersetuju untuk menjalankan satu kajian daya maju mengenai cadangan tersebut.
Najib berkata projek HSR itu akan melengkapkan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#HSR
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Kuala Lumpur
#Wuttichart Kanlayanamit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan