awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Theresa May umum cukai korporat terendah pasca Brexit

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2018
21:52 MYT
Theresa May umum cukai korporat terendah pasca Brexit
Theresa May berucap pada Perhimpunan Agung PBB ke-73 di New York, 26 Sept, 2018. REUTERS
Britain akan menawarkan cukai korporat paling rendah di G20 pasca Brexit kelak.
Perdana Menteri Theresa May berkata pada Rabu, selepas Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU), negara itu akan bersifat pro-perniagaan.
Beliau juga yakin United Kingdom (UK) akan mencapai persetujuan dengan negara anggota lain menjelang tarikh keluar dari blok itu, sambil menambah UK bersedia untuk sebarang kemungkinan.
"Mesej saya pada hari ini adalah, pasca Brexit, Britain akan tegas menjadi pro-perniagaan dan satu rakan global yang akan membantu mengetuai tindak balas antarabangsa terhadap cabaran-cabaran itu.
"Hubungan kami dengan EU akan berubah susulan Brexit, tetapi kami akan tetap menjadi negara jiran. Kami masih akan menjadi sebahagian daripada keluarga negara-negara Eropah dan kami akan meneruskan perjuangan yang sama.
"Yang penting, kami juga mempunyai rancangan untuk membentuk satu ekonomi yang kaya dengan ilmu pengetahuan, sangat inovatif, berkemahiran tinggi dan berkualiti tinggi tetapi dengan peraturan cukai yang rendah dan pintar," kata May.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan agung tahunan pemimpin dunia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#cukai
#Kesatuan Eropah
#PBB
#Theresa May
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan