awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres

Bernama
Bernama
29/10/2024
12:45 MYT
Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres
Guterres juga menyatakan bahawa beliau akan membawa isu ini ke Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara. - Gambar fail/Reuters/David 'Dee' Delgado
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pelaksanaan undang-undang yang melarang Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) daripada beroperasi di wilayah itu boleh membawa kesan buruk terhadap pelarian Palestin dan ini tidak dapat diterima.
"Tiada alternatif kepada UNRWA. Pelaksanaan undang-undang ini akan menjejaskan usaha penyelesaian konflik Israel-Palestin dan juga keamanan serta keselamatan di rantau ini secara keseluruhan.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, UNRWA tidak boleh digantikan," lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) memetik Setiausaha Agung itu dalam satu kenyataan.
Guterres juga menyatakan bahawa beliau akan membawa isu ini ke Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara.
Malam tadi, Knesset Israel meluluskan undang-undang dalam bacaan kedua dan ketiga yang melarang aktiviti UNRWA di Palestin, walaupun terdapat amaran antarabangsa dan daripada PBB mengenai bahaya undang-undang ini yang melanggar piagam dan undang-undang antarabangsa serta PBB.
Undang-undang itu menyatakan bahawa UNRWA tidak akan mengendalikan sebarang pejabat perwakilan, tidak akan menyediakan sebarang perkhidmatan, dan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti, secara langsung atau tidak langsung, di wilayah jajahannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Palestin
#kesan buruk
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan