awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, 10 cedera dalam nahas lebih 50 kenderaan

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2022
01:00 MYT
Tiga maut, 10 cedera dalam nahas lebih 50 kenderaan
Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania. -AP
POTTSVILLE: Sekurang-kurangnya tiga maut dan lebih 10 cedera dalam kemalangan melibatkan lebih 50 kenderaan sehingga menutup sebahagian sempadan negeri di timur Pennsylvania.
Bagaimanapun, menurut koroner daerah, Dr David J.Moylan, kerja-kerja menyelamat masih belum selesai kerana ada kenderaan yang terbakar dan jumlah kematian sebenar mungkin meningkat.
Nahas yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada ribut salji yang mengaburkan penglihatan.
Kira-kira 50 kenderaan termasuk beberapa lori dan treler terlibat dalam nahas.
Kakitangan kecemasan dari empat daerah berbeza bergegas ke lokasi kejadian dan sehingga kini telah membawa kira-kira 20 pesakit ke hospital terdekat untuk rawatan.
Rakaman yang tular di media sosial pada Isnin menunjukkan nahas berlaku apabila sebuah treler berada di luar kawalan merempuh sebuah lori sampah.
Topic Berkaitan
#nahas 50 kenderaan
#POTTSVILLE
#David J Moylan
#ribut salji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan