awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Travis Scott biaya kos upacara pengebumian mangsa, berdepan tindakan saman

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2021
01:28 MYT
Travis Scott biaya kos upacara pengebumian mangsa, berdepan tindakan saman
Scott berdepan tindakan undang-undang susulan insiden yang berlaku ketika konsertnya berlangsung di Texas. - Foto AP
PENYANYI rap Travis Scott mengumumkan akan membiayai kos upacara pengebumian lapan mangsa yang meninggal dunia akibat rempuhan di Festival Astroworld pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, artis kelahiran Houston itu berkata dia juga akan bekerjasama dengan BetterHelp bagi memberikan perkhidmatan kaunseling percuma kepada mereka yang terkesan akibat tragedi tersebut.
"Travis sering berhubung dengan pihak berkuasa Houston bagi memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarga mangsa.
"Ini merupakan antara langkah pertama Travis akan lakukan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka terkesan dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.
Sementara itu, penganjur Astroworld akan mengembalikan wang kepada semua yang membeli tiket konsert pada Jumaat serta Sabtu yang telah dibatalkan, memetik laporan CNN.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Live Nation berkata syarikat itu akan memberi perkhidmatan kaunseling kepada mereka yang menghadiri konsert berkenaan, ahli keluarga mangsa, serta petugas.
Syarikat berkenaan akan turut membiayai segala kos perubatan.
Dalam perkembangan berasingan, Scott berdepan tindakan undang-undang susulan insiden yang berlaku ketika konsertnya berlangsung di Texas.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya lapan maut akibat rempuhan ketika bersesak-sesak menonton persembahan Scott.
Saman difailkan salah seorang mangsa yang cedera.
Dia mendakwa Scott dan seorang lagi penyanyi, Drake menggalakkan perlakuan ganas penonton.
Mangsa menuntut ganti rugi AS$1 juta.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Scott dan Drake susulan saman ini.
Mangsa terselamat menggambarkan situasi panik dan huru-hara ketika konsert dipercayai akibat terlalu ramai pengunjung.
Polis Texas juga melancarkan siasatan berhubung dakwaan ada kalangan penonton disuntik dadah.
Ini susulan beberapa pengunjung dilaporkan terpaksa diberi suntikan ubat anti-dadah di hospital.
Topic Berkaitan
#Travis Scott
#Festival Astroworld
#kos upacara pengebumian
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan