awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ugut kenakan tarif 25 peratus ke atas iPhone yang dibuat di luar AS

Bernama
Bernama
23/05/2025
23:30 MYT
Trump ugut kenakan tarif 25 peratus ke atas iPhone yang dibuat di luar AS
Presiden Trump mengugut untuk mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas iPhone yang dijual tetapi tidak dibuat di Amerika Syarikat.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas iPhone yang dijual tetapi tidak dibuat di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Saya telah lama memberitahu [Ketua Pegawai Eksekutif] Apple, Tim Cook yang saya menjangkakan iPhone yang akan dijual di Amerika Syarikat mesti dibuat dan dipasang di Amerika Syarikat, bukan di India atau mana-mana tempat lain," tulisnya di platform Truth Social pada Jumaat.
"Jika tidak, Apple perlu membayar tarif sekurang-kurangnya 25 peratus kepada AS," katanya.
Trump sejak dahulu lagi menuntut agar Apple menghasilkan iPhone, produk terpentingnya di AS.
Namun, pakar berpendapat, perkara itu akan memerlukan pelaburan besar dan menyebabkan harga telefon pintar meningkat secara drastik.
Di bawah kepimpinan Cook, Apple membangunkan rantaian bekalan di Asia sejak beberapa dekad lalu dengan kilang besar, terutamanya di China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu turut meningkatkan pengeluaran di India dan Vietnam, sebahagiannya sebagai tindak balas kepada gangguan bekalan selepas perintah berkurung COVID-19 di China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#iPhone
#tarif 25 peratus
#iphone buat Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan