awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunisia larang Emirates mendarat di Tunis

Agensi
Agensi
24/12/2017
22:12 MYT
Tunisia larang Emirates mendarat di Tunis
Larangan Tunisia itu dikeluarkan susulan protes dan kemarahan memuncak di Tunis, atas dakwaan Emirates mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi. - REUTERS/Fail
Tunisia melarang pesawat syarikat penerbangan Emirates mendarat di ibu negaranya Tunis, selepas laporan wanita warga Tunisia tidak dibenarkan menaiki pesawat syarikat berkenaan.
Kementerian Pengangkutan Tunisia, memaklumkan langkah itu akan dikuatkuasa sehingga Emirates berjaya mengendalikan penerbangan mereka mengikut undang-undang dan peraturan antarabangsa.
Larangan itu dikeluarkan susulan protes dan kemarahan memuncak di Tunis, atas dakwaan Emirates mengamalkan dasar perkauman dan diskriminasi.
Kerajaan Tunisia mendakwa wanita warganegara Tunisia dilarang menaiki pesawat Emirates atau transit di wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ini disokong lagi dengan laporan media tempatan yang mengatakan wanita warganegara Tunisia dihalang menaiki pesawat Emirates ke Dubai selama beberapa hari.
Agensi berita AFP melaporkan, sebahagian besar wanita dari Tunisia mendakwa perjalanan mereka ke UAE ditangguhkan dan visa mereka terpaksa disekat.
Kerajaan UAE bagaimanapun menafikan berlaku larangan sedemikian.
Sebaliknya menegaskan penangguhan perjalanan wanita warganegara Tunisia berlaku kerana isu keselamatan.
Tunisia masih bergelut memperbaiki hubungan dengan UEA, yang tegang gara-gara revolusi pada 2011.
Topic Berkaitan
#Dubai
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#penerbangan
#pesawat
#protes
#Tunisia
#UAE
#undang-undang
#Visa
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan