awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye sekat akses Instagram

Bernama
Bernama
02/08/2024
09:55 MYT
Turkiye sekat akses Instagram
Instagram dikatakan secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian Ismail Haniyeh.
ISTANBUL: Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turkiye (TKM) pada Jumaat menyekat akses ke Instagram, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tiada alasan diberikan untuk tindakan itu, namun ia berlaku selepas Pengarah Komunikasi negara itu, Fahrettin Altun mengkritik platform media sosial berkenaan dengan mengatakan ia "secara aktif menghalang orang ramai daripada memuat naik mesej takziah atas pemergian pemimpin Hamas, [Ismail] Haniyeh tanpa menyatakan sebarang dasar pelanggaran."
"Ini adalah penapisan yang jelas dan mudah," katanya dalam satu hantaran di X pada Rabu selepas pembunuhan Haniyeh di Tehran.
"Kami akan mempertahankan kebebasan bersuara terhadap platform ini yang telah berkali-kali menunjukkan bahawa mereka terutamanya berkhidmat untuk sistem eksploitasi dan ketidakadilan global," tambahnya.
Haniyeh dibunuh pada Rabu di ibu negara Iran, Tehran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekat instagram
#Turkiye
#media sosial
#mesej takziah
#Ismail Haniyeh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan