awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
Sultan Nazrin berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Perak
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria

Bernama
Bernama
11/02/2025
09:45 MYT
Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria
Erdogan ketika sidang media bersama Anwar di Putrajaya hari ini. - Gambar/ Bernam
PUTRAJAYA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria sambil menekankan keperluan untuk penyelesaian yang berkekalan bagi krisis di kedua-dua wilayah berkenaan.
Erdogan berkata bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk Gaza kekal penting, sambil menegaskan bahawa Turkiye bersedia menyalurkan bantuan yang diperlukan.
"Apa jua bentuk bantuan diperlukan dalam jangka panjang, dan kami berupaya untuk menyediakannya.
"Perbincangan kami juga tertumpu kepada Syria, yang mengalami kemusnahan besar sehingga negara itu amat memerlukan usaha pembinaan semula," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana pada Selasa.
Beliau turut menekankan keperluan kerjasama antarabangsa dalam menangani krisis kemanusiaan.
"Melalui usaha bersama, kita boleh berusaha membina semula infrastruktur Syria. Pihak berkaitan akan meneliti senario yang berpotensi, dan kami akan bertindak sewajarnya," katanya.
Terdahulu, Erdogan menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Turkiye dan Malaysia yang merangkumi bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kerjasama media.
Erdogan tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Turkiye
#Anwar Ibrahim
#palestin'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan