awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE hasrat labur AS$1 bilion, PM Pakistan berterima kasih

Bernama
Bernama
08/08/2022
05:47 MYT
UAE hasrat labur AS$1 bilion, PM Pakistan berterima kasih
SHEHBAZ: Kedua-dua negara bersaudara berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan pelbagai hala mereka. - Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengucapkan terima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas hasratnya untuk melabur AS$1 bilion di negaranya.
Beliau berterima kasih kepada Presiden UAE Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan "atas pelaburan yang akan dilakukan oleh UAE" di Pakistan, menurut Shehbaz menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad.
"Kedua-dua negara bersaudara berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan pelbagai hala mereka," katanya.
Agensi Berita WAM pada Jumaat melaporkan bahawa negara itu berhasrat untuk melabur AS$1 bilion dalam syarikat Pakistan merangkumi pelbagai sektor ekonomi dan pelaburan.
Laporan itu berkata UAE berhasrat untuk melabur dalam sektor seperti gas, infrastruktur tenaga, tenaga boleh diperbaharui, penjagaan kesihatan, bioteknologi, teknologi pertanian, logistik, komunikasi digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan di Pakistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#pelaburan
#Emiriah Arab Bersatu
#Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan