awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan

Bernama
Bernama
15/06/2022
12:37 MYT
UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan
Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India untuk tempoh empat bulan, berikutan isu aliran perdagangan global.
UAE mengumumkan langkah itu pada Rabu, berkuat kuasa pada 13 Mei - selepas India, pengeksport komoditi kedua terbesar dunia menghentikan eksport gandum untuk meningkatkan keselamatan makanannya.
Syarikat yang ingin mengeksport gandum dan tepung gandum India yang telah diimport ke negara itu sebelum 13 Mei, perlu mendapat kebenaran kementerian untuk mengeksport semula ke luar UAE, lapor Agensi Berita Nasional WAM.
"Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan," lapor WAM.
Krisis Rusia-Ukraine telah menjejaskan sejumlah komoditi perdagangan global termasuk gandum, jagung, dan minyak bunga matahari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emiriah Arab Bersatu
#UAE
#India
#gandum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan