awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan

Bernama
Bernama
25/04/2024
06:49 MYT
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
Pada 17 April dilaporkan bahawa UAE menyaksikan hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun melebihi apa-apa yang didokumenkan sejak permulaan pengumpulan data pada 1949. - Foto Reuters
ABU DHABI: Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (AS$544 juta) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Satu jawatankuasa menteri telah ditugaskan untuk menilai kerosakan dan pembayaran pampasan dengan penyelarasan pihak berkuasa persekutuan dan tempatan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Ia diumumkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, yang dipengerusikan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Kabinet memuji usaha kerajaan dan pasukan tindak balas kecemasan serta sukarelawan dengan bantuan orang ramai dalam menangani cabaran itu dan bersatu demi negara.
Sheikh Mohammed berkata: "Kami meluluskan peruntukan AED2 bilion untuk membaiki kerosakan kediaman penduduk. Satu jawatankuasa menteri telah ditugaskan untuk mengawasi fail ini. Dengan susulan dan sokongan abang saya, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, kehidupan kembali normal dengan cepat."
Beliau berkata : "Kami telah membentuk satu jawatankuasa untuk menilai kerosakan akibat banjir dan hujan pada infrastruktur serta mencadangkan penyelesaian dan langkah-langkah di peringkat nasional.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Kementerian Tenaga dan Infrastruktur dan dianggotai ahli dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Darurat Krisis dan Pengurusan Bencana Kebangsaan dan entiti persekutuan lain serta wakil dari kesemua tujuh kementerian itu.
"Bilik gerakan pusat menangani lebih daripada 200,000 laporan dengan penyertaan daripada lebih 17,000 anggota keselamatan, kecemasan dan dalaman, 15,000 daripada pihak berkuasa tempatan dan ribuan sukarelawan untuk menguruskan kesan daripada peristiwa cuaca luar biasa ini.
"Peristiwa cuaca luar biasa ini ternyata menjadi rahmat bagi kami. Empangan penuh, lembah-lembah mengalir dengan air hujan dan rizab air bawah tanah diisi semula. Kami meningkatkan kesediaan dan kesiapsiagaan kami, menjadikan kami lebih bersedia pada masa hadapan."
Kabinet juga menyemak kemas kini Strategi Pelancongan UAE dan pencapaian utama sektor ini. Jumlah tetamu hotel mencecah 28 juta orang pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK menghampiri AED180 bilion (AS$49 bilion) pada 2023, menurut Pejabat Media Kerajaan UAE.
Pada 17 April dilaporkan bahawa UAE menyaksikan hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun melebihi apa-apa yang didokumenkan sejak permulaan pengumpulan data pada 1949.
Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, merupakan antara lapangan terbang paling tersibuk di dunia ditangguhkan atau dilencongkan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UAE
#cuaca buruk
#banjir
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan