awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah

Bernama
Bernama
08/05/2024
14:04 MYT
UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah. - Gambar fail
LONDON: United Kingdom (UK) akan membina kemudahan bahan api nuklear termaju pertama di Eropah bagi mewujudkan rantaian bekalan tenaga yang tidak bergantung kepada Rusia.
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.
Kenyataan beliau dibuat selepas kerajaan mengumumkan ia menganugerahkan sebanyak GBP196 juta (US$245 juta) kepada Urenco untuk membina loji pengayaan uranium di Capenhurst, Cheshire.
Loji itu akan menghasilkan bahan api uranium diperkayakan pada tahap rendah (HALEU) menjelang tahun 2031, untuk eksport atau kegunaan domestik, lapor PA Media/dpa.
Kerajaan memaklumkan bahawa inisiatif itu akan mewujudkan 400 pekerjaan mahir, menyokong stesen janakuasa nuklear masa depan di UK dan memastikan negara lain tidak bergantung kepada Rusia untuk bahan api nuklear termaju.
Langkah itu juga sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan keselamatan tenaga dan mengasingkan Moscow daripada pasaran tenaga, susulan langkah menghentikan import minyak dan gas Rusia kerana konflik di Ukraine.
"Masa depan sektor nuklear UK adalah usaha negara yang kritikal - menjamin keselamatan nuklear dan tenaga serta mengurangkan bil tenaga elektrik untuk rakyat Britain," kata Sunak.
Di bawah rancangan itu kemudahan berkenaan akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 10 tan bahan api setahun menjelang tahun 2031, yang apabila diolah menjadi bahan api boleh menyimpan tenaga sebanyak lebih daripada satu juta tan arang batu;
---BERNAMA-PA MEDIA/dpa
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#Rishi Sunak
#bahan api
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan