awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA beri amaran 40 peratus penduduk Gaza diancam kebuluran

Bernama
Bernama
29/12/2023
07:48 MYT
UNRWA beri amaran 40 peratus penduduk Gaza diancam kebuluran
UNRWA mengulangi amaran bahawa kawasan yang terkepung itu bergelut dengan isu kelaparan yang dahsyat. -Gambar fail/Twitter Bernama
BAITULMUQADDIS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bantuan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi, menyebabkan 40 peratus penduduknya "berdepan kebuluran" susulan sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan.
UNRWA mengulangi amaran bahawa kawasan yang terkepung itu "bergelut dengan isu kelaparan yang dahsyat", sambil menyeru "gencatan senjata kemanusiaan" di tengah-tengah serangan udara Israel tanpa henti selama lebih 83 hari, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
"Setiap hari berkisarkan perjuangan untuk terus hidup, mencari makanan dan air.
"Realitinya, kita memerlukan lebih banyak bantuan. Satu-satunya harapan yang tinggal ialah gencatan senjata kemanusiaan," kata Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza Thomas White di platform X.
Minggu lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi mengenai lebih banyak bantuan untuk Gaza selepas ditangguhkan beberapa hari, tetapi agensi bantuan dan penyokong hak asasi manusia menyifatkan resolusi itu sebagai " tidak mencukupi" dan "hampir tidak bermakna".
Terbaharu, Agensi PBB memberi amaran keras mengenai malapetaka kemanusiaan yang berlaku di Gaza ketika tentera Israel terus membedil wilayah itu, memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
Lebih 80 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah meninggalkan kediaman mereka dan tinggal di tempat perlindungan sempit atau khemah sementara di bahagian selatan, di dalam dan sekitar bandar Rafah berhampiran sempadan Mesir, menurut PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#kebuluran
#Palestin
#UNRWA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan