awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel

Bernama
Bernama
19/04/2025
04:30 MYT
UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
PBB turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan. - Foto fail/AP
ANKARA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel serta sekatan semakin memburukkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.
"Situasi yang sedia genting kini semakin merosot akibat pengeboman serta sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial," menurut kenyataan itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan, dan mengulangi gesaan kepada gencatan senjata segera di Gaza.
Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan sempadan Gaza, menyekat kemasukan bekalan penting walaupun terdapat pelbagai laporan kebuluran di wilayah yang musnah akibat perang itu.
Tentera Israel melancarkan semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Gaza
#Israel
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan