awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Brazil beri suntikan penggalak kepada individu dengan sistem imun lemah

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2021
00:32 MYT
Vaksin COVID-19: Brazil beri suntikan penggalak kepada individu dengan sistem imun lemah
Brazil sehingga kini catat 20.6 juta kes positif COVID-19 dan lebih separuh juta kes kematian berkaitan virus berkenaan direkodkan. - Foto fail/AP Newsroom
RIO DE JANEIRO: Brazil akan mula beri suntikan penggalak vaksin kepada individu dengan sistem imun yang lemah serta mereka berusia 70 tahun ke atas.
Kementerian Kesihatan negara itu mengesahkan pemberian vaksin penggalak akan bermula pertengahan September depan.
Keputusan ini dibuat susulan penularan meluas varian Delta serta dapatan kajian baharu yang menunjukkan keberkesanan vaksin akan berkurangan selepas beberapa tempoh.
Bagi tujuan itu, Brazil akan menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Pfizer.
Untuk kumpulan yang mempunyai sistem imun lemah, suntikan penggalak akan diberikan 28 hari selepas mereka menerima dos kedua.
Sementara bagi usia 70 tahun ke atas, kementerian jangkakan suntikan penggalak diberi 6 bulan selepas suntikan kedua.
Kementerian juga umum untuk mengurangkan tempoh masa bagi suntikan pertama dan kedua kepada 12 minggu.
Brazil sehingga kini catat 20.6 juta kes positif COVID-19 dan lebih separuh juta kes kematian berkaitan virus berkenaan direkodkan.
Data negara itu juga mendedahkan daripada 123.9 juta populasinya, hanya 26.5 peratus sudah menerima suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#suntikan penggalak
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan