awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Johnson & Johnson: Dua kes baharu di AS libatkan pembekuan darah

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
02:37 MYT
Vaksin Johnson & Johnson: Dua kes baharu di AS libatkan pembekuan darah
Menurut CDC dan FDA AS berkata, risiko mengalami simptom pembekuan darah yang teruk dan platelet rendah akibat vaksin Johnson & Johnson, adalah sangat rendah.
PUSAT Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat laporan dua kes baharu pembekuan darah, susulan suntikan dos tunggal vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson.
Kes melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia di bawah 60 tahun.
Ia menjadikan jumlah kes pembekuan darah sebanyak 17, daripada 8 juta suntikan yang diberikan setakat ini.
Kes baharu itu dilaporkan selepas 10 hari penggunaan vaksin Johnson & Johnson ditangguh oleh perkhidmatan kesihatan negara itu.
Ia bagi menyiasat kaitannya dengan pembekuan darah yang jarang berlaku.
Jumaat lalu, CDC dan Pentadbiran Makanan dan Ubat Ubatan (FDA) AS berkata, risiko mengalami simptom pembekuan darah yang teruk dan platelet rendah akibat vaksin itu, adalah sangat rendah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#vaksin
#pembekuan darah
#kesihatan
#Johnson & Johnson
#CDC
#FDA
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan