awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video wajah ditonyoh isteri dalam pesawat, ini jawapan Presiden Emmanuel Macron…

Agensi
Agensi
26/05/2025
23:10 MYT
Video wajah ditonyoh isteri dalam pesawat, ini jawapan Presiden Emmanuel Macron…
Tangkap layar dari video tular yang menunjukkan tangan Brigitte menolak wajah Presiden Macron di pintu pesawat sebaik pasangan itu tiba di Hanoi, Vietnam untuk lawatan rasmi.
HANOI: Lawatan rasmi Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Vietnam mencuri tumpuan apabila satu rakaman video tular memaparkan detik spontan isterinya, Brigitte Macron, menolak wajah beliau sejurus pesawat mereka mendarat di Hanoi, pada Ahad.
Rakaman tersebut menunjukkan pintu pesawat dibuka sebelum tangan Brigitte muncul dari sisi dan menolak wajah Macron, ketika beliau bersedia untuk menyambut ketibaan delegasi rasmi tuan rumah.
Presiden Perancis itu kelihatan terkejut seketika, namun segera mengawal situasi dan melambai mesra ke arah pegawai Vietnam yang menunggu di bawah.
Brigitte, bagaimanapun, tidak kelihatan sepenuhnya dalam rakaman itu kerana terlindung di sebalik badan pesawat dan turut dilihat tidak menyambut huluran tangan suaminya ketika mereka berdua menuruni tangga pesawat.
Menjawab tanda tanya itu, Presiden Macron menolak spekulasi yang tercetus susulan penularan klip video berkenaan.
Ketika bercakap kepada media di Hanoi pada Isnin, Macron menjelaskan, rakaman tersebut sebenarnya hanyalah aksi gurauan antara beliau dan isterinya yang telah disalah tafsir.
“Ada video menunjukkan saya bergurau dengan isteri saya, dan tiba-tiba ia menjadi seolah-olah satu bencana dengan pelbagai teori pelik muncul untuk menjelaskannya,” kata Macron.
Presiden Perancis itu mengakui, rakaman berkenaan adalah tulen, namun mengecam pihak-pihak yang memanipulasi kandungannya.
“Video itu memang asli, tetapi ia telah disalahgunakan. Orang menyebarkan pelbagai tafsiran yang tidak masuk akal,” tambah beliau.
Rakaman berdurasi beberapa saat itu menunjukkan Macron muncul di pintu pesawat sebelum kedua-dua tangan Brigitte dilihat menolak wajah suaminya dalam gerakan yang kelihatan mengejutkan.
Macron kelihatan terkejut seketika tetapi kembali tenang dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di bawah.
Ketika pasangan itu menuruni tangga pesawat, Macron menghulurkan tangan kepada Brigitte namun tidak disambut, dengan Brigitte memilih untuk memegang palang tangga.
Pihak Istana Élysée pada awalnya menafikan insiden tersebut sebelum kemudian meremehkan keseriusannya.
Menurut sumber rapat dengan Presiden, pasangan itu sekadar bergurau senda — satu “detik mesra sebelum memulakan lawatan.”
“Ia hanyalah saat di mana Presiden dan isterinya bergurau untuk melepaskan tekanan sebelum misi diplomatik bermula,” kata sumber kepada CNN.
Namun, pihak Istana Élysée turut menyatakan kebimbangan terhadap bagaimana detik kecil itu dijadikan bahan manipulasi oleh pihak tertentu, termasuk akaun troll pro-Rusia yang cuba mencetuskan kontroversi.
Macron kini menjadi antara suara utama dalam usaha Eropah menyelaras sokongan kepada Ukraine sejak pencerobohan besar-besaran oleh Rusia pada 2022.
Insiden di Hanoi itu berlaku dalam suasana maklumat palsu yang semakin rancak disebarkan terhadap Presiden Perancis, termasuk satu dakwaan tidak berasas kononnya beliau menggunakan kokain dalam perjalanan menaiki kereta api ke Kyiv bersama Canselor Jerman, Friedrich Merz dan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer. - Agensi
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#video Presiden Perancis
#wajah ditonyoh isteri
#Brigitte Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan