awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video wanita diganggu berkali-kali di New York buka mata sukarnya jadi kaum hawa

Agensi
Agensi
30/10/2014
05:54 MYT
Video wanita diganggu berkali-kali di New York buka mata sukarnya jadi kaum hawa
Antara screenshot dalam video Youtube yang menunjukkan seorang lelaki berjalan di sebelah Shoshana Roberts
Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita diganggu di beberapa jalan di New York telah menjadi viral dan dikongsi oleh pengguna media sosial.
Video ini juga menunjukkan mengenai gangguan yang selalu dialami oleh golongan wanita dan golongan minoriti negara itu di kaki lima.
Video dua minit ini menunjukkan seorang pelakon wanita, Shoshana B. Roberts berjalan di Manhattan dan mendapat pelbagai sapaan daripada ramai lelaki seperti "hey, baby" atau "hey, beautiful".
Apabila dia tidak memberi respon, dia dikatakan kurang sopan dengan mendapat komen seperti "senyum" atau "seseorang menghargai kecantikan awak. Awak patut berterima kasih".
Video yang bertajuk "10 Hours of Walking in NYC as a Woman," juga menunjukkan seorang lelaki secara tiba-tiba berjalan bersama Shoshana selama lima minit tanpa berkata apa-apa.
Video itu mendapat lebih 1.2 juta YouTube hits sejak ia di muat naik pada hari Selasa.
Diterbitkan untuk program amal Hollaback! dianjurkan untuk menamatkan gangguan yang berlaku di jalanan.
Penganjur program ini berkata, Shoshana berhadapan kira-kira 100 gangguan yang melibatkan kata-kata cercaan dalam tempoh 10 jam, tidak termasuk siulan dan juga kenyitan mata.
Penganjur turut berkata golongan wanita, homoseksual dan transeksual sering menerima gangguan di jalanan, di mana mangsa merasakan mereka berada dalam keadaan yang tidak selamat.
Rob Bliss, yang merakamkan video ini dengan menggunakan kamera tersembunyi dalam begnya memberitahu AFP dia mahu golongan lelaki melihat bagaimana gangguan di jalanan berlaku.
"Saya mahu menunjukkan bagaimana gangguan boleh berlaku di siang hari dan bagaimana ia boleh membuat orang tidak selesa dan beredar dari tempat itu," katanya.
Shoshana pula berkata berjalan kaki adalah perkara rutin hariannya.
"Saya diganggu apabila saya senyum dan saya juga diganggu apabila saya tidak senyum.
"Tidak pernah satu hari pun saya tidak mempunyai pengalaman seperti ini," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#10 Hours of Walking in NYC as a Woman
#New York
#Shoshana B. Roberts
#viral
#Yotube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan