awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Von der Leyen terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen Eropah

Bernama
Bernama
10/07/2025
15:17 MYT
Von der Leyen terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen Eropah
Ursula von der Leyen menolak tuduhan kurang ketelusan dan mendakwa pihak lawannya tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah politik semasa. - Reuters
STRASBOURG: Usul undi tidak percaya terhadap Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen gagal memperoleh majoriti diperlukan dalam undian di Parlimen Eropah pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Cadangan itu ditolak dengan selesa, dengan hanya 175 ahli parlimen mengundi menyokong, 360 menentang dan 18 berkecuali.
Usul undi tidak percaya yang dimulakan oleh ahli parlimen sayap kanan Romania Gheorghe Piperea mendakwa suruhanjaya itu kurang ketelusan dan salah urus, terutamanya berkaitan dasar COVID-19.
Dalam ucapannya kepada ahli parlimen EU pada Isnin, von der Leyen menolak tuduhan berkenaan dan mendakwa pihak lawannya tidak mempunyai penyelesaian kepada masalah politik serta menyemarakkan teori konspirasi.
Untuk usul itu berjaya - yang akan memaksa von der Leyen dan pasukan 26 pesuruhjayanya meletak jawatan - majoriti berganda diperlukan iaitu dua pertiga undian dan majoriti daripada 720 kerusi parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ursula von der Leyen
#usul undi tidak percaya
#parlimen eropah
#ketelusan
#salah urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan